Friday, June 10, 2005

Nukilan tulisan dan bisikan isi hati..

Jam 12.30 tghari, aku bersiap sedia utk menunaikan kewajipanku terhadap tuhanku yakni Fardhu Juma'at.. tapi minggu nih ketiadaan ayahku kerna beliau berada di Pulau Pinang, membentangkan seminar untuk beberapa hari.

Tepat 1.15 tghari, aku melangkah masuk ke masjid dan menunaikan solat sunatku terdahulu. beberapa minit kemudian, khutbah pun dimulakan.. dan ketika ini lah aku telah memikirkan sesuatu, bukan mengenai khutbah pada hari ini.. tapi mengenai diriku yang tidak seberapa ini dengan kehidupanku melalui hidayah agamaku.

Ya Allah, aku syukur padaMu dengan segala yang Engkau telah kurniakan padaku. aku bersyukur alhamdulillah kerna dipanjangkan umurku sekali lagi untuk menunaikan kewajipan ibadah jemaahku terhadapMu pada minggu ini. aku sedar, aku pasrah, aku akur.. ibadahku terhadapMu kurang sempurna, malah aku leka dengan keseronokan dunia bersama nafsu yang senantiasa bergelora. walaupun aku telah melakukan dosa2ku yang kecil mahupun yang besar tetapi aku masih menjauhi segala larangan2 kerasMu.. aku menjiwai peranan, janji dan juga saranan segala perintah yang Engkau wasiatkan terhadap hamba2Mu.

Aku masih ingat peristiwa pahit deritaku pada januari dua tahun lepas, tidak mungkin aku dapat melupakannya walau bagaimanapun aku telah mencuba. aku masih ingat jauh di dalam lubuk hatiku apabila Engkau telah menarik salah seorang hambaMu yang bergelar 'teman' daripadaku. kenapa ya Allah, kenapa Engkau mengurniakannya kepadaku untuk hidup bersama2ku bertahun2 lamanya, mengongsi saat2 gembira dan sedih luka, mengembara dunia dari ibukota ke pantai di kala senja, memberikanku semangat untuk membawanya ke rumahku dan berkenalan dengan kedua2 ibubapaku, mengeratkan persahabatan bak aur dengan tebing sehingga terjalin suatu situasi indah yakni cinta.. apabila di saat hujungnya, Engkau memisahkan kami berdua, bukan sekadar mati tapi Engkau menariknya daripadaku dengan menyatukan dia dengan seorang 'teman' yang lain. aku rela jika Engkau lebih mencintai dia daripada 'teman' barunya, aku rela jika nyawanya diambil bahkan nyawaku jua jangan Engkau lupa ambil bersama.

Aku tidak merokok, tidak berpesta, setitik arak pun ku tiada mengambilnya, aku tidak mencuba ubat2an terlarang mahupun dadah, clubbing ku tidak pernah melangkah masuknya,.. dan ini bukan kerana aku tidak mahu mencuba atau aku kurang mahir untuk menguasainya, tetapi aku telah berjanji terhadap keluarga, terhadap arwah atukku, dan tidak lupa jua terhadapMu ya Allah.. bahawa selagi aku hidup, cintaku terhadapMu dan Islam tidak akan dapat diatasi oleh sebarang benda mahupun cinta sesama manusia.

Ya Allah, aku merindui arwah atukku. aku berdoa agar Engkau mencucuri rahmatnya dan menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman dan bertakwa, insya' Allah. aku tidak dapat melupai saat2 pemergiannya kerana pada ketika itu, aku sedang menjalani final exam di institut pengajian tinggiku dan pada ketika itu jua Engkau telahpun menarik 'teman'ku daripada genggamanku. ya Allah.. aku sedih, aku derita, aku terseksa, rebah kedua2 tangan dan kakiku,.. tidak cukup dengan 'dia', Engkau mengambil arwah atukku jua daripadaku. alangkah sedihnya aku tidak dapat pergi ketika upacara pengembumiaannya. ntah mengapa, aku bodoh.. pentingkan ilmu pengetahuan daripada keluarga tercinta. selesai sahaja minggu examku, segalanya telah tamat. aku tidak dapat hadir di saat2 beliau memerlukan aku. aku merinduinya, walaupun kami kurang berbual, walaupun kami jarang bersama, walaupun setahun sekali kami berjumpa, aku amat merindunya..

Februari dua tahun lepas, aku nyaris2 kehilangan seseorang yang teramat penting dalam hidupku. beliau lah yg telah mempertaruhkan nyawa beliau dan aku untuk melahirkanku ke dalam duniaMu, ke dalam hidayah Islam, cahaya hidup seseorang insan. aku baru saja memulakan hari pertama cuti semester di saat ku terima panggilan drp rumah, "mama dalam hospital, papa ada dengan adik nih.. balik cepat". ya Allah! segala duniaku berubah, aku kaku, aku risau, aku jatuh melutut tanpa sebarang kata.. terus ku pulang ke rumah keesokkannya. doktor mengatakan ibuku mengalami serangan sakit jantung, agak kritikal. tapi ayahku tidak menghiraukan tanggungan yang diperlukan untuk menyelamatkan ibuku. deminya, kami sekeluarga telah memberikan segala2nya.. dan setelah berbulan2 kami berada di hospital, berkat doa dan ibadah serta pertolongan yang diberikan oleh saudara mara terdekat kami, dan tidak lupa juga kakitangan2 hospital terutamanya doktor2 pakar jantung berkenaan, syukur alhamdulillah.. ibuku telah selamat menjalani operation.

Ya Allah, terima kasih dan syukur kerna menyelamatkan ibu kami. aku tidak kisah walau berapa banyak hasil rezeki kami telah diberi, aku tidak mengira walaupun cuti ku baru sahaja bermula, bahkan aku tidak peduli langsung sekiranya si 'teman' sedang bersekedudukan bersama orang lain pada ketika itu.. aku hanya mampu menitis air mata tanda gembira.. gembira kerna bisa bertutur kata bersama ibuku semula, menyikat rambut beralunnya, bergelak ketawa menonton tv bersama, bersiar2 ke pasar malam membeli juadah, tidur dan berjaga dan masih mempunyai insan teristimewa di sampingku yang bernama "mama".

Kini kehidupanku berjalan lancar. ada naik turunnya, senang dan susah jua, tapi aku masih tabah dengan qada' dan qadarNya. keluargaku sihat sejahtera, pembelajaranku pula tergantung seketika.. tidak seperti yang ku duga tapi aku masih tidak berputus asa. dan kehidupan peribadiku, aku masih tiada 'teman istimewa' walaupun ramai kawan dan rakan sebaya.

"aku tak percaya lah.. kau nih baik, lemah lembut, ada rupa, duit ada, kereta sendiri pun dah ada.. dah la tak merokok, minum, atau amik dadah.. tapi kau masih tidak berpunya. bukankah kau yang selalunya menasihatkan kami apabila kami mengalami masalah bercinta atau berpujuk mesra, tapi kau sendiri yang tiada rezeki akhirnya?" soal rakan2ku. ayat2 ini telah lama aku mendengarnya, dan seperti biasa aku membalas, "tiada orang yang dalam dunia nih sempurna.. nobody is perfect." tetapi seperti biasa, setiap soalan yang diajukan ada penutupnya tersendiri, "alaa.. kau jangan risau lah. orang macam kau nih senang mendapat teman."

Orang macam aku?

Orang yang bagaimanakah aku ini dikategorikan dalam hidup? Setahu aku, mereka berkemungkinan merujuk kepada rupa paras dan personaliti ku. Adakah aku harus menerima kata2 rakanku tadi sebagai satu komplimen (baik budi pekerti, senang mendapat teman) atau satu kritikan (manis berkata2, susah dipercayai) ??

Entah lah. Usah biarkan perkara yang remeh-temeh diperbesarkan. Jika aku mempunyai rezeki, hadirlah seorang teman.. jika tiada teman yang muncul, itu jua merupakan satu rezeki bagiku. Aku harus menilai kehidupan dari sudut yang berbeza. Mungkin suatu hari nanti aku akan diberkati dengan seseorang, tapi kini aku hanya mampu bersabar. Bukankah hidup ini penuh dengan drama, kemungkinan ada kejutan yang tidak diduga. Tetapi ada sesuatu yang aku tidak hairan di dalam dunia sekarang..

Aku pernah terserempak dengan dua orang insan yang sedang mesra bercinta bersiar2 di perkarangan ibukota, dari pandanganku aku dapat membuat kesimpulan mereka memang secocok apatah lagi si hawa nya ayu manakala si adam nya kacak.. tetapi aku terkejut apabila mereka saling bertutur hanya dgn menggunakan bahasa isyarat. Ya Allah, aku syukur dengan mereka.. walaupun dilahirkan serba kekurangan yakni bisu, tetapi mereka mampu menjalinkan suatu ikatan mesra antara masing2 tanpa sebaranga masalah.

Yang sedihnya..

..ada insan2 di dalam dunia ini yang sempurna sifat2nya, tetapi kufur akan nikmat yang diberi, takbur dengan kebanggaan diri, menipu apabila dipercaya, buta hanya bila sudah kaya, lupa diri bila sudah memiliki takhta. Aku bukan cuba menuding jari ke mana2, aku susun sepuluh jari rapat tanda ampun dipinta jika ada yang terasa, bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, tetapi ingatlah.. semana kaya atau besar, tetap Allahuakhbar.

Ingatlah wahai kawan2ku, kita harus bersyukur.. dengan apa yang kita ada, dan dengan apa yang kita TIDAK ada. Tidak semestinya apa yang kita mahu, kita perlukannya. Syukur dengan apa yang diberi dan apa yang dilalui walaupun baik mahupun buruk.


Aku yang syukur dengan segala kurniaanMu,
Futra Hurairah.