Thursday, June 30, 2005

al kisah seorang 'Romeo'..

al kisah kehidupan seorang insan lelaki berumur dlm linkungan 20an, berasal drp sebuah keluarga yang sederhana, namun kemewahan yg dimiliki hanya pada cita2 dan ketabahan dirinya melalui qada' dan qadar, di mana ramai yg menggelarkannya Romeo.

pernahkah anda terfikir.. apakah isi hati dan karakterisma seseorang Romeo? adakah betul jika kita menilai beliau sebagai seorang jejaka 'desperado' yg inginkan kepuasan memiliki dan ditemani wanita, hanya melalui penglihatan kita? apakah kita sudah lupa pesanan org2 tua, "no matter how bad a person can be, always look in the goodness of people."

april, merupakan bulan di mana kemahuan dan keinginan si Romeo ini bermula. seorang gadis Hyperactive (Hypergirl) yg dikenali melalui sesi chatting dan webcam, digila2kan oleh rakan2 sekolej kerna beliau mmg mempunyai daya tarikan yang menarik, apatah lg beliau merupakan anak kacukan, semestinya rupa paras dan personaliti beliau boleh digelarkan sebagai "dream girl" bagi setiap lelaki.

setelah beberapa hari dan minggu dihabiskan dgn berbual panjang dan sesi webcam, mmg tidak dpt dinafikan lg, si Romeo dan Hypergirl ini telah dilamun cinta. tetapi.. oleh kerna si Romeo ini telah dibesarkan dgn sifat "generousity" dan bukannya "self-centered", maka dia bertanyakan Hypergirl sekiranya si Romeo m'ganggu sebarang hubungan yg sedia ada.. kerna jika beliau ada hubungan dgn sesiapa, si Romeo akan mengundur diri kerna begitulah si Romeo dididik dlm percintaan.

"tidak Romeo, dinda tiada bersama siapa kerna dinda telah berpisah dgn jejaka dinda 3 bulan lalu.." jawabnya si Hypergirl.

"3 bulan lalu? aduss.. rupa2nya gadis ini dlm proses 'rebound'.." bisik si Romeo ke dlm hati. tidak mengapa, si Romeo akan berwaspada supaya tidak menjadik "lelaki rebound". maka si Romeo pun cuba bertanyakan masalah si Hypergirl dgn jejaka beliau, kemungkinan masih ada harapan lagi utk mereka bersama? adakah beliau masih mempunyai hati utk jejaka itu?

"tiada Romeo, kami hanya sahabat dan tiada apa di antara kami.." jelas beliau.

maka minggu demi minggu, keakraban antara Romeo dan Hypergirl makin intim.. sehinggalah satu hari Hypergirl mula menceritakan kisah silamnya kepada Romeo.

"adakah Hypergirl masih 'minum' sekarang?" soal si gelisah Romeo. "sekali sekala, terutama apabila rakan2 dinda turun dr jauh dan ingin berpesta bersama, tp sudah lama dinda tidak berbuat demikian.." jawab Hypergirl dgn nada yg agak perlahan.

dan pada saat itu lah, bermulanya pertelingkahan pertama. si Romeo tidak dpt menerima tabiat si Hypergirl walaupun beliau telah berjanji akan 'kurang' demi ingin bersama si Romeo. tetapi hati si Romeo telah sekali lagi diuji dengan satu persoalan..

"..baru 3 bulan beliau berpisah dgn kekasih lamanya, kini aku baru tahu beliau 'minum'.. apakah patut aku mengundur diri dan cuba memikirkan jalan utk satukan mereka semula?"

mengapakan si Romeo berpikir sedemikian? kenapa Romeo tidak cuba mempengaruhi Hypergirl agar memberhentikan tabiatnya? kenapa pula Romeo tidak dpt menerima baik dan buruk seseorang itu? kerna, jangan kita salah faham diantara 'tabiat' seseorg dgn 'baik buruk' seseorg.. ia seperti air laut dgn air garam. air laut itu adalah masin secara semulajadi, tetapi air garam itu masin kerna garam telah dicampurkan ke dalam air.

pd keesokan hari selepas mlm pertelingkahan itu, tidak hairan bagi si Romeo utk mengetahui si Hypergirl mengadukan situasi ini kepada jejaka lamanya. mmg benar, mereka masih berhubung bersama.. tetapi cinta yg telah diukir antara Romeo dan Hypergirl begitu erat walaupun masih baru. kini, Hypergirl berada di antara Romeo dan proses kepulangan ke jejaka lama beliau.

si Romeo telah membuat keputusan sendiri, tetapi tidak seperti yang dijangkakan oleh Hypergirl..

si Romeo berbincang dgn Hypergirl, dan memutuskan agar berpisah. namun Hypergirl tidak dpt menerima kenyataan si Romeo kerna beliau tidak mahu kehilangan cinta si Romeo. "cuba jelaskan pada Romeo, adakah betul dinda masih berhubungan dgn si jejaka?" berpuluh2 kali Romeo mengajukan soalan yg sama kpd Hypergirl selama ini dan jawapannya masih tidak berubah, "di dalam hati dinda ada kamu sorg saja, Romeo.. bukan dia, hanya kamu Romeo".

hari demi hari, minggu demi minggu, pergolakan berterusan tetapi Hypergirl masih tidak dpt melupakan Romeo, dan pada masa sama Hypergirl akan pergi menemui jejaka nya utk meluahkan kesedihan cintanya.. dan ini telah secara langsungnya, merapatkan semula si Hypergirl dgn jejaka lamanya.

apa pula yg terjadi pada Romeo?

satu hari si Hypergirl akhirnya memberitahu kpd Romeo, "dinda sebenarnya telah berbalik semula kepada jejaka dinda.. dinda rasa, dinda akan lebih berbahagia dgn Romeo sekiranya Romeo tidak meninggalkan dinda.. tetapi dinda tidak dpt menerima Romeo kerna Romeo tidak mahu berbincang dgn dinda, apatah lagi memberitahu punca sebenar meninggalkan dinda?"

Romeo sebenarnya hanya mahukan dinda berbaik2 semula dgn jejaka dinda. Tidakkah dinda sedar, jejaka dinda hanya mula menunjukkan tanda2 sayang apabila dia tahu yg Romeo muncul dlm hidup dinda? Tidakkah dinda tahu, Romeo telah lama sedar yg dinda masih cintakan dia kerna setiap kali timbul masalah.. dialah yg dinda pergi mencari, bukan Romeo.

Mmg benar, Romeo sengaja ingin menimbulkan pergaduhan antara kita.. sengaja mengasingkan diri.. sengaja menanyakan khabar jejaka tersebut apabila Romeo berbual bersama dinda.. sengaja membiarkan dinda melalui situasi ini pada masa sekarang.. kerna mungkin pada masa hadapan, dinda akan melalui situasi ini.. dan Romeo berharap dinda tidak melakukan kesilapan seperti yg dinda telah lakukan terhadap jejaka dinda. Dinda seharusnya bersyukur bahawa Romeo bukannya jenis lelaki yg cuba mengambil kesempatan terhadap dinda, kerna Romeo ini hanya menitikberatkan kebahagiaan dan kegembiraan mereka yg Romeo sayangi.. seperti keluarga, rakan2, dan teman2 istimewa seperti dinda. Romeo hanya mahukan dinda bahagia disampingnya, kerna setiap insan berhak memiliki peluang kedua.

ampunilah Romeo wahai Hypergirl, ini bukan suatu permainan. semenjak Romeo mengenali Hypergirl, segala perasaan dan bibit2 cinta yg telah berakar di dalam hati Romeo kesemuanya adalah ikhlas dan suci. tetapi tidak dpt Romeo memenuhi kehendak Hypergirl kerna Romeo sendiri telah terperangkap dlm cinta. niat Romeo pada mulanya adalah utk menolong Hypergirl mengatasi masalah di antara Hypergirl dan jejaka, ntah bagaimana perasaan telah memainkan peranan tp Romeo bersyukur kerna masih ada lagi masa utk kita mengelakkan perkara yg mungkin tidak diingini.

Romeo sebenarnya kesian terhadap jejaka Hypergirl, tidak elok sekiranya Hypergirl memilih jalan utk mencari penggantinya apabila Hypergirl sepatutnya memberi peluang dan berbincang semula dgn dia.. itulah niat sebenar Romeo, ingin membantu Hypergirl mengharungi susah dan senang sebuah 'percintaan'.

Mungkin dinda tidak dpt menerima penjelasan Romeo, mungkin keterangan Romeo ini hanya karut semata2, mungkin juga dinda menganggap Romeo ini bodoh kerna melepaskan peluang utk memiliki satu kebahagiaan bersama2 dinda.. tetapi jauh dlm lubuk hati ini, Romeo masih menyayangi dinda..

Pendek kata..

..sekiranya Hypergirl happy, Romeo juga akan happy.. walaupun akhirnya Romeo bersendirian.

"I'm happy if you're happy..
..even if it means for me not being with you."
i will always love you..