Andropaus...
Dah seminggu lebih aku tension.. ntah lah.. serabut dgn mcm² benda. Rushing here and there carik places to do my practical, settle some misunderstandings between my friends, basuh keta, do some gardening, syelek some furnitures, pay the bills, register streamyx (tapi tak dapat.. malas nak citer), jaga my lil' nephew and quarreled with my lil' sister, and of coz gaduh ngan miss 'girlfriend'..
Apa salah aku, wahai tuhan? Aku tak pernah tipu, apatah lagi curang. Aku tiada cinta lain selain drpnya. Aku berikan segala kebahagiaan and cintaku padanya. Aku tunaikan segala janji, aku belikan apa diminta, aku berada disampingnya ketika diperlukan..... hmmmmm.. disampingnya?
Aku tiada disampingnya di ketika ini. Aku berjauhan drpnya, namun hati dan cintaku masih terpahat dalam sanubari hatiku. Tuhan, walaupun aku kini jauh dari pandangan dan genggaman tangannya.. aku masih setia dan kuat memperjuangkan cintaku. Aku tidak pernah sangsi akan kepercayaanku bahawa aku boleh mengharungi segala ujian drp-Mu. Aku yakin.. dan aku akan bersabar..
Tapi, sampai bila aku harus menderita? Hatiku seringkali dilukai dan tangisan selalu menemani tidurku di malam hari. Begitu kuat dan sakitnya ujian-Mu, wahai tuhanku.. tapi aku tetap akan berjuang. Aku tetap akan berdiri. Walaupun hatinya atau dirinya tiada disampingku, namun aku tidak akan mengalah. Aku tidak hiraukan kebarangkaliannya, aku tidak perlu menabur simpati, aku tetap akan berdikari.. demi apa yang telah ku lalui.. demi yang ku cintai..
Cinta tidak mengenal usia, cinta tidak berpaut pada kematangan, dan cinta tidak semestinya berada disamping dua insan bersama. Cinta hanya hadir di dalam hati, cinta hanya memerlukan kesetiaan dan kasih sayang, dan cinta tidak memerlukan paksaan. Cinta hanya muncul apabila hati sudah dilukai dan dirinya tiada di sisimu lagi..
- Futra Hurairah.
<< Home